Rabu, 1 Jun 2011

RAMA - RAMA & CINTA LELAKI


      WAHAI wanita,anda adalah perhiasan.Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita.Tanpa anda dunia ini pasti menjadi sugul.Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.Bayangkan saja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki.Rasanya dunia ini akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan sampai hati sesama sendiri.

     Wahai wanita,anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam.Anda telah menyempurnakan keindahan bunga.Sempurnakanlah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

      Namun anda yang bernama wanita ,mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah  kebuasan lelaki?Memang keinginan untuk berteman fitrah manusia,tapi tak usahlah mangsakan diri anda untuk lelaki yang bernafsu buas.Jadilah seperti rama-rama.Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.Tatkala rama-rama sudah  hilang keindahannya tiada siapa akan pedulikannya lagi

      Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki,tapi wahai wanita,sayap anda yang indah itu pasti luntur  sedikit demi sedikt,melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda,sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda  tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.

    Adakah anda tidak berasa rugi?Adakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang?

        Jika anda seorang wanita sejati,anda patut berasa rugi kerana lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat begitu.Bezanya lelaki dengan wanita,lelaki tidak akan  kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya tetapi anda  pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

      Hanya dengan sekali sentuh,corak rama-rama sudah boleh musnah,jika dua kali sentuh mungkin seluruh  coraknya tiada,jika tiga kali sentuhtidak mustahil sayap yang  asalnya indah itu terkoyak.Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa mempedulikannya lagi.

      Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini.Agar dengan itu anda dapat  memelihara diri daripada  menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalit noda ke atas  diri anda.Apa untungnya digilai dan diminati,kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih,atau diragut dengan kasar,kemudian anda ditinggalakan pergi.Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua sayap anda telah tiada.

      Wahai wanita,kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga.Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.Apalah ertinya digilai jika yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

       Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang hanya tahu melihat anda sebagai 'alat'.Tetap i anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur.Memang sukar sedikit untuk  mencari mereka.Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.Bukan mudah untuk menemui lelaki yang terbaik.Dia satu dalam seribu.Sudah tentu untuk mencarinya payah.Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah,sudahnya hanya memusnahkan hidup anda.

          Biar hidup sendiri dan selesa mambina pahala daripada hidup berdua tetapi pencetus dosa ke neraka.Biar hidup seorang diri dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama lalu dibiarkan pergi.

           Biar menjadi rama-rama dangan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.Wahai wanita,harga diri anda,anda yang tentukan. ;)

*NOTA INI DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARI BUKU MEMBINA RASA CINTA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan