Rabu, 21 September 2011

rINdu sAnad kT kOrG...


Masa berjalan dengan pantas tanpa sedar sudah 3 tahun setengah masa di habiskan di INSTEDT. 3 tahun setengah bukannya satu tempoh masa yang pendek, banyak kenangan manis dan pahit, pengalaman yang bermakna. Semua kenangan dan pengalaman itu lah yang mematang aku dalam kehidupan ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan tak kan luput diingatan. Mereka lah banyak membantu perjuangan di INSTEDT ni, yang sentiasa bersama di saat susah dan senang, yang sentiasa menerima kelemahan diri ini. Sesungguh nya kelemahan diri telah banyak diperbaiki atas bantuan sahabat disisi. 

Sakitnya bila berhadapan dengan perpisahan. Sedih sangat bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Selesai perjuangan di INSTEDT, maka berpisah la dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Masing-masing balik ke kampong halaman. Ada yang ke utagha, timur barat dan sebagai nya menuju ke kampong halaman masing2. Aku je yang ditinggalkan di bumi Johor ni.

Setiap hari hilang seorang sahabat. Semakin hari semakin ramai yang meninggalkan INSTEDT. Hingga la sampai hari terakhir berpisah dengan roommate tersayang. Sangat sedih tak sanggup rasanya nak berpisah. Tapi apakan daya, adat pertemuan pasti ada perpisahan. Alangkah seronoknya kalu kita diberi masa sehari je lagi tuk spend masa together, mesti kita akan hargai masa tu kan. Tp ini la manusia yang tak reti bersyukur. Dah bagi masa 3 tahun  tuk bersama pun masih tak cukup. Bila dah habis belajar cam ni, rase banyak lagi benda nak buat terutamanya dengan kawan2. Rasa tak puas nak borak sama2, gelak sama2, shoping sama2, makan sama2, gadoh sama2, nangis sama2 dan sebagainya.

Pejam2 celik2 dah 3 tahun setengah kita membina ukhuwah persahabatan. Banyak pahit dan manis kita lalui bersama. Mesti aku akan rindu gelak tawa korang semua. Yang selalu ada disisi disaat susah dan senang. Segala yang kita lalui memberi kita pengajaran siapa sahabat yang selalu disisi disaat kita susah dan senang. Alhamdulillah aku di kurniakan sahabat2 yang baik. Yang saling membantu di saat aku memerlukan. Manis nya nikmat persahabatan yang Tuhan berikan kepada kita, semoga kenangan ini akan terus segar dingatan korang semua.

Rindu sangat dengan farah, azah, ngan pien. Walaupun baru je semalam kita berpisah. Entah bila kita dapat spend masa together lagi.Bila la aku nak datang Kluang nak jumpa Farah. Bila la plak aku nak ke Segamat jumpa Azah. Dan bila la aku nak sampai ke Batu Pahat nak jumpa dengan Pien. Adakah korang still sama tak berubah bila kita jumpa 1 day nanti. Ada ke peluang lagi untuk aku dapat sahabat seperti mereka. Akan ada ke orang yang dapat memberi nikmat persahabatan yang sama mereka bagi kat aku. Insyaallah semoga ukhuwah kita akan kekal buat selamanya.

Akhir kata untuk sahabat2ku, Semoga kita dapat capai segala impian dan cita-cita masing2. Sejauh mana pun kita tercampak, insyaallah ukhuwah fillah tidak akan sirna di hati ini. Jaga diri kawan2. Korang semua memang kawan yang terbaik. Aku sayang sangat dengan persahabatan ini, sangat terkesan di hati ini dengan keikhlasan korang semua. Semoga korang semua bahagia dan happy selalu ye. Tak mo sedih2 taw. Biar aku je sedih sorang2 kat sini…Sob…sob…sob…;(

Jangan pernah menyesal
kerana pernah mengenaliku 
aku telah menciptakan hari yang ajaib bagimu kenang 
aku dalam langkah yang ceria
Jangan pernah lupa
bahawa kita pernah bersenda tawa mengukir kisah menabjubkan
Bagiku kamu adalah keindahan
bagimu aku adalah kehebatan 
kita selalu hanyut dalam pujian 
terhanyut mimpi yang kelak harus terjadi
Kamu pergi dengan langkah haru
dan akan bertemu lagi entah bila 
Simpan pengalaman yang kita cipta 
ceritakannya kembali waktu kita bertemu lagi
sayonara……
kawan yang tidak pernah menjadi kawan 
kekasih yang tidak pernah menjadi kekasih 
jumpa nanti dengan cerita 
yang lebih indah di kemudian hari……….



Kenangan terakhir kami bersama pensyarah yg sangat kami sayangi... Ibu geugeu ratna