Khamis, 18 April 2013

PETUA UNTUK MENYAYANGI SESEORANG



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.



1YEAR11MONTH5DAY
18APRIL2013
12:58AM
~cintakamicintamati~
a'aluvnizam

Ahad, 3 Mac 2013

mAaf aTAs keKhiLAfaN, aKu mAnuS!a bIaSa :'(


Aku manusia biasa..
ada rasa suka, ada rasa duka..
ada rasa gembira, ada rasa sedih..
ada rasa marah, ada rasa cemburu..
ada rasa sakit hati, ada rasa teruja..

Aku manusia biasa..
yang tak kan terlepas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan..
yang pernah buat orang geram, benci, sakit hati dengan aku..
yang pernah buat orang gembira, bahagia, selamat di sisi ku..

Aku manusia biasa..
punya kehidupan sendirian..
tapi bukan semua mahu mengerti dan memahami perasaan ini..
bila terluka, meninggalkan parut yg susah nak diubati..

Aku manusia biasa..
aku manusia yang pengecut.
aku memang suka melarikan diri dari masalah..
aku akan menangis sembunyi agar mereka tidak mengetahui


mungkin lepas ni aku akan mendiamkan diri.itu yang lebih baik bagi semua orang..mereka tidak mengerti perasaan ini..

maaf atas kekhilafan aku selama ini..
aku jugak manusia biasa..


Jumaat, 21 Disember 2012




Alhamdulillah , hampir menjejak ke usia 2 tahun hubungan kami . walaupun banyak dugaan dan halangan ,kami sedia untuk terima semuanya . walau kadang kala dugaan yang datang itu tanpa diduga kehadirannya .
Selama hubungan ini , sy tahu sy banyak buat silap. sy minta tunjuk ajar ,kita sama sama masih muda dan masih mentah untuk lalui nya . tapi kami tabah . Muda bukan penghalang , 
namun ia mengajar kami untuk terus bersama dan belajar serta mempelajarinya bersama sama . 
sy berdoa agar hubungan ini kekal untuk selamanya , InsyaAllah  , Amin ~
Siti Musliha Binti Hussin Cinta Muhamad Khairunnizam Bin Zainal Abidin okee :)
InsyaAllah selamanya doa kami itu .


Rabu, 3 Oktober 2012

hAnYA aQ c!nTa Kau sEoRg




kalau hati awak mcm komputer kan senang...,
saya format hati awak untuk lupakan Ex awak...,
saya hantar virus supaya dpt backdoor dari hati awak...,
saya tanam shell untuk tau apa yg awak tgh buat...,
saya susun strategi untuk menawan hati awak...,
saya cari index,php untuk beritahu yg saya telah berjaya menawan hati awak...,
saya simpan shell tu dlm hati notepad macam saya simpan kasih sayang saya dekat awak dalm hati saya...,
saya harap apa yang saya buat nie tak salah sebab saya nak awak jatuh hati pada saya...

Selasa, 13 Mac 2012

10 bulan sudah~

130312
Musliha chenta Muhamad Nizam!!!

tak ada apa yang perlu dimarah, dirajuk, diungkit,
bila semuanya indah-indah belaka.
maka saya sangat menghargai hubungan ini.
terima kasih sebab jadi yang terindah untuk saya.
terima kasih untuk hubungan ini.

Ya Allah,
terima kasih untuk kurniaan-Mu ini
terima kasih untuk sesuatu yang berharga ini
terima kasih sebab pertemukan aku dengan dia
terima kasih kerana menjadikan hubungan ini
tenang,sederhana,matang
dan manis untuk dilalui

Saya sangat berterima kasih sebab dipertemukan dengan awak
yang menjadikan segalanya indah dalam hubungan ini
semoga hari-hari yang akan dilalui selepas ini
semakin indah

Kita tak pernah tahu apa akan berlaku
tapi saya akan berusaha
untuk hubungan ini

Saya sudah merangka perjalanan hidup saya
dan awak sentiasa ada dalam perancangan itu

hari ini genap 10 bulan kita melewati hubungan ini
10 bulan yang cukup indah...
pelbagai pahit manis hubungan kita
akan saya sabar menempuhnya
demi hubungan kita ini...


<3 mamasayangpapa <3

Ahad, 11 Mac 2012

missing u papa!!

Sayang,
Sy nak awk tau, apa pn t’jd antara kte, hanya awk je buat sy terus bernafas hari ni. Hanya awk saja dihati ini. Hanya awk saja kekasih sy. Hanya awk saja yang sy mahu. Hanya awk saja!!! Sy tak bole hidup tanpa awk.

Semalam awk macam mara saya, sy diam je. Awk sy cume nk b’mnje dgn awk.. nk b’gurau dgn awk. Dh lme kn kte tak b’gurau. Sy sedih sgt..  Banyak yg awk ckp sy tak balas balik. Apa yg awk fikir kenapa sy diam, tak sama dgn apa yg sy fikirkan. Setelah awk asyik bercakap je then kt kete sy nangis.

Awk,  masa sy dgn awk semalam tak cukup. Kenapa masa terlalu cepat berlalu? Sy masih mahu bersama dgn awk. Sy nak awk.. sy nak awk… bersama sy… sy nak awk kat sini .. dok sebelah sy… tapi awk dah tak de. Awk dah balik!!!  Eh.. nape sy nangis??

sy sayang awk sangat Muhamad Khairunnizam. Kenapa awk buat sy,macam ni??

Awk adalah segala – galanya buat diri ini.
Moga awk tau.
Moga awk akn ttp b’sma sy.
Wlau apa pn yg t’jd…

Sayadahmularindukanawaksangatsangat!!!

Selasa, 28 Februari 2012

BUAT AWAK YANG SAYA SAYANG !!!

AWAK,
Terima kasih atas segalanya.
Memberi peluang untuk saya menjadi insan yang istimewa dalam hidup awak.

AWAK,
Walaupun kadang kadang saya jarang berada disisi awak.
Saya tetap menyayangi awak.
Saya tetap ingat kat awak.

AWAK,
Saya sayang awak.
Biarpun kita jauh saya tetap sayang awak.
Biarpun kita jarang jumpa saya tetap sayang awak.
Biarpun awak macammana saya tetap sayang awak.
Pendek kata saya memang sayang awak.

AWAK,
Walaupun awak bukan yang pertama.
Tapi bagi saya awak tetap yang pertama dalam hidup saya.

BUAT AWAK YANG PALING SAYA SAYANG...
Terima kasih kerana sentiasa sabar dengan sikap dan perangai saya.
BUAT AWAK YANG SANGAT SAYA KASIHI...
Terima kasih kerana masih setia dengan saya.
Walaupun saya banyak kekurangan.
BUAT AWAK YANG SENTIASA DALAM INGATAN SAYA...
Terima kasih kerana sudi rindu pada diri saya.
TERIMA KASIH... TERIMA KASIH...

Dalam hati saya selalu ingat dan sayang awak sangat-sangat MUHAMAD NIZAM!!!