Ahad, 19 Jun 2011

mOOd : lAYan nOvEl.. sONoknYer...

pD kLi nIe, aQ nK sHarE nGan kOrg sUMer pSl 1 NovEl nIe...
bEsT gilER. F'sT tIMe aQ bCe, aQ tRus jTuh cInta.. hEHe.. tJuk nOvel 2 dOKtoR cINta kArYa dYAdIla... nOVel niE mmG t'baEEkk la.. f'st2 bcE t'guLinG2 aQ kEtawe.. dH pARt2 Yg tGH 2, sEdiH giLer.. aQ mEnaNgis mCm apE.. sMpi t'Sedu2 n bEngKak2 maTa.. f'st2 2 bleH lG lA smBnYi kN air mAta aQ ni dRpd si dORina hOsEMatE aq, laST2 kanTOi jGk.. pNyEr la t'Kjut si Dorina 2 tGk Aq nanGIs.. dRpd bRIng dIe trUS bgN g kT tmpT aQ...

dorina : woi a'a ko nangis erh??
aq : mne ade beb.. mate masuk abok la.. (hehe ayat biase nk sorok klu kte nangis kn)
dorina : alah, x pyh la nk tipu aq.. agk ar wei, x pnh aq jmpe org mcm ko ni a, bace novel pn bleh ngis mcm mati laki.. hisshh, x pham aq..
aq : dori, aq sedeeyyyy... ='( huuuuu...

huhu... kElaKO pLak kAlo t'eGt.. aLamK teTibE plaK rIndu kt si dOrinA nIe.. aPe kHabo La kO erkH?? 

k La x mo ctE pSl2 sDEy2 lG... tP.... mmG sDEy pn.. sBb Aq x dPt abIS kN bCe noVel nI lG.. noVEl 2 meMbE aQ yG punYEr.. sO pTg 2, die dH baLIk kMPg, t'gNtg aR aq bcE noVEl 2 kT pARt yG tgH2... sKrG tGh kMPuL pITih, nK gK crI noVEl 2 sMpai dPt.. aDe seSApEr blEH tLg sY dpT kN noVEl 2 x???
hehe...


nIe die cOvEr paGe nOvEl dOKtoR cInta bY dYadIla...


"saya seorang lelaki yang percaya dengan cinta.. bagi saya cinta pertama adalah segalanya. Mencintai seseorang itu akan membuatkan saya menjadi diri saya dan saya mahu orang yang saya cintai memahami and for love, i just can say i love you" ....Tengku Iskandar

"Cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. kalaulah yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta..tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua akan jumpa"... Mazliana Haji Nordin.

Andai matahari itu dapat kugapai, akan kuhadiahkan sinarnya untukmu agar sinarnya bisa membuat kau tersenyum semula.... andai semalam bukan milik kita, kau lakarkanlah esok milik kita berdua agar terbukti yang ada cinta antara kita....Doktor Cinta



SINOPSIS:

              Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...

Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii...tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

              Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?



 kOmeN aQ :

Novel nie mampu untuk buat korang gelak terguling. Tak percaya? Cuba la korang baca. Awal2 lagi dah ada scene lawak. Doktor Cinta memang best, penuh dengan lawaknya. Mazliana tu kuat berangan dan suka menyakat, kawan dia Mimi pun satu kepala dengan dia. Dia juga pandai sangat berlakon that's why dia diupah untuk menjadi pasangan Tengku Iskandar secara olok2 untuk 1 malam tapi lain pulak jadinya, dia kena bertunang pulak dengan mamat tu..

Hidup Mazliana sentiasa ceria, namun, hidup ini mesti ada susah senangnya kan. Dugaan yang menimpa Mazliana menghilangkan keceriaannya. Bila korang baca novel nie, gelak tu gelak jugak, takkan dalam bahagia takde derita. Begitu juga macam kisah Mazliana. Aq baca satu part tu, aq menangis gila2 la... x sabar aq nk tau kesudahan cerita ni... bagi sesape yang belum baca novel nie lg, moh la kita pakat g kedai buku cari novel ni... huhu... 

Selasa, 14 Jun 2011

11 Jun 2011

KL GANGSTER~~
bEst giLer dPt tGk moviE ni. TGk trailer pN bEst.. TAPI tmbh2 beSt dPt tGK dGn cik abg yg t'syg.. =D.. ngee.. suKErnye sy.. hehe.. sY son0k sgt dPt jmpe kamoo... rindu la seyh.. ceh, pdhl bru sMGgu je k0t x jmpe.. tP rindu mcm ape.. hehe... dh angau pe aq ni... hihihi..
Pape pn tens abg sbb :
* sudi kuar ngn ayg..
* sudi bwk ayg jln..
* sudi ajk ayg tgk wyang..
sY sOnok sGt wLauPun dPt luAnGkN mSe dGn aBg skJp sGt..


mGGu dPn mEruPakN mgGu laSt kTeoRg jMpe.. huhu ceDEy.. pASni aQ cuT! 2 mgGu.. x Pe xPe.. bLn 7 aQ dTG kOLej bLek.. aBg tGgu AyG taw.. bAk kaTE aliff sAtar - PLEASE PLEASE PLEASE kamoo jgn nKal, kU peRgi sebEnTar, kamoo jGn cuRang!! eeh eeh. btOl ke X liRik lGu aQ 2?? nTah ekk aQ pn luPEr daa. hENtam sAJalah labuuu~~~ hee..





Barisan pelakon KL GANGSTER yg mantoooop...


Aaron Aziz sbg Malik ~ waa plkn peberet aq nih..



Syamsul Yusuf a.K.a sHarK. Lakonan die best giler smpi bt kn aq benci kt dier.. hehe

sInOpsis KL GANGSTER

KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

         Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

         King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.

         Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

         Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?

Segala-galanya akan terjawab dalam  "KL GANGSTER" - 9 JUN 2011

Ahad, 12 Jun 2011

Surat dari ayahanda sy utk boyfrend sy...


Kepada Boyfriend anak aku, 

Peraturan 1: 
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa. 


Peraturan 2: 
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.. 


Peraturan 3: 
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang. 


Peraturan 4: 
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham? 


Peraturan 5: 
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal. 


Peraturan 6: 
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis. 


Peraturan 7: 
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni. 


Peraturan 8: 
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan. 


Peraturan 9: 
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegimana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku. 


Peraturan 10: 
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku. 


Sekian. 

Yg ditakuti, 
Bapak Kepada Gf ko


haa...
dgr tu syg...
surat amaran drpd abah sy tu..

k!sqH pErcinTaan sEoRg suAm! & iStErinYe...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…

Jumaat, 3 Jun 2011

sesajer nk ilg kn stress... huhuhu.

Isteriku , 
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku. 
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku, 
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan.... 

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! 
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... 
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!! 



jangan la nak berangan.........




*******pada muka..ada hati tuh..

Rabu, 1 Jun 2011

KENANGAN DAN KEHIDUPAN

Setiap pertemuan pasti akan diiringini dengan kegembiraan.
Bila kita pikir kita dah jumpe seseorg yg 'betol'
Kite dah cukup bhgia sgt, dah rase kite akn selamanye bersama dia smpai bila2...
Bina angan2 setinggi langit ke7.
Namun, panas yg diharapkan xsmpai ke petang pn. xsmpai tgh hari pn lg ribut petir dh melanda.
Dan akhirnye berlakunya perpisahan tu.
Apa yang pasti, tangisan yg terjadi...
Kenapa bila bertemu kite sambut dgn senyumn terukir dibibir??
bagaimana pn kenapa pulak bile berpisah kite akn mengalirkn air mata??
Semua nih dinamakan KEHIDUPAN.
Begitu juga dgn setiap kelahiran, kite akn smbut dgn tawa kegembiraan
dan tangisan 
Hiba dan sedih pulak mengiringi setiap kematian.
Apa yg tetap tersimpn smpai bila2 tnpa terlupus adalah KENANGAN
Dan sebb ia la, ada yg menderita jiwanya smpai bila2....
Bagi aku,.KENANGAN merupakan sesuatu yg sangt membuat aku bahgia,
Dan aku juga pasti,.kenangn buat aku derita.
Jika ditanya benda apa yg akan aku selamatkn dulu kalau berlaku sesuatu kehilangan???
Dgn yakin aku akan pegang erat pd KENANGAN
Dan kalau ada bertanya apa benda yg akan aku buang sejauh2nye dari hidup aku???
Dan aku pasti yg aku akn campak KENANGAN 2 sejauh yang mungkin agar tidak nmpk dipandangn aku lg.
Agar aku tidak merasa hiba lg akn semua detik2 KENANGAN 2..
Tp ,apa yang pasti aku tidak mahu hidup ditemani KENANGAN dahulu,.
Jika aku still lg hidup dengan KENANGAN, mcm mne aku nk bila KEHIDUPAN yg baru??
So.....selamat tinggal KENANGAN...Kerana kau, aku belajar tentang KEHIDUPAN yang sebenarnya..

Surat Putus Cinta...

Salam. 
Arini aq nk post surat putus cinta ni sesuai utk korg yg tgh nk pts cinta tu wt rujukan la ekk...

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat. Suratnya berbunyi begini:-
Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,
Timah
Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

Amacam ok x??

hahaha...
first time aq bace surat si timah ni t'gelak besar aq...
kelako beb...
hehehehhehehhehehhehehehe...

RAMA - RAMA & CINTA LELAKI


      WAHAI wanita,anda adalah perhiasan.Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita.Tanpa anda dunia ini pasti menjadi sugul.Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.Bayangkan saja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki.Rasanya dunia ini akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan sampai hati sesama sendiri.

     Wahai wanita,anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam.Anda telah menyempurnakan keindahan bunga.Sempurnakanlah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

      Namun anda yang bernama wanita ,mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah  kebuasan lelaki?Memang keinginan untuk berteman fitrah manusia,tapi tak usahlah mangsakan diri anda untuk lelaki yang bernafsu buas.Jadilah seperti rama-rama.Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.Tatkala rama-rama sudah  hilang keindahannya tiada siapa akan pedulikannya lagi

      Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki,tapi wahai wanita,sayap anda yang indah itu pasti luntur  sedikit demi sedikt,melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda,sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda  tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.

    Adakah anda tidak berasa rugi?Adakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang?

        Jika anda seorang wanita sejati,anda patut berasa rugi kerana lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat begitu.Bezanya lelaki dengan wanita,lelaki tidak akan  kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya tetapi anda  pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

      Hanya dengan sekali sentuh,corak rama-rama sudah boleh musnah,jika dua kali sentuh mungkin seluruh  coraknya tiada,jika tiga kali sentuhtidak mustahil sayap yang  asalnya indah itu terkoyak.Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa mempedulikannya lagi.

      Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini.Agar dengan itu anda dapat  memelihara diri daripada  menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalit noda ke atas  diri anda.Apa untungnya digilai dan diminati,kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih,atau diragut dengan kasar,kemudian anda ditinggalakan pergi.Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua sayap anda telah tiada.

      Wahai wanita,kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga.Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.Apalah ertinya digilai jika yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

       Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang hanya tahu melihat anda sebagai 'alat'.Tetap i anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur.Memang sukar sedikit untuk  mencari mereka.Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.Bukan mudah untuk menemui lelaki yang terbaik.Dia satu dalam seribu.Sudah tentu untuk mencarinya payah.Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah,sudahnya hanya memusnahkan hidup anda.

          Biar hidup sendiri dan selesa mambina pahala daripada hidup berdua tetapi pencetus dosa ke neraka.Biar hidup seorang diri dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama lalu dibiarkan pergi.

           Biar menjadi rama-rama dangan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.Wahai wanita,harga diri anda,anda yang tentukan. ;)

*NOTA INI DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARI BUKU MEMBINA RASA CINTA