Jumaat, 25 Februari 2011

aS-sAlaM...

fuhhh... dh berabad lamanye x update my blog. huhuhuhu
almost 1 month ago.. huhuhu
nk kte busy.. x a sgt. tp, ntah ar..
mybe xde idea ap nk update blog ni... then xde mood.. huhu 


Ahad, 6 Februari 2011

`~ni serba sedikit ttg aku yg ramai kwn2 aku x tahu~`


      1)aku ni x pandai nk mulakn perbualan...walaupun dh kwn rapat,masih dok terpikir2 ayat dlm kepala otak nk memulakan bicara kalo seseorg tu / kwn tu diam je...muehehe..konon nk jg bhs la kan....kot2 terguris hati ke...

2) aku ni careless ke? hahaha...kadang2 aku perasan gak yg aku ni ambil mudh sesuatu perkara tu...cube nk baiki kelemahan yg 1 ni...asyik kene bebel dgn ehhem je psl sikap yg 1 ni...hohohoho...

      3)suke giler warna biru, kuning n merah...nampak cm exklusif jek, sweet n sedp la mata memandang.

4) sikap ni mmg x leh bla...mudah bosan dgn sesuatu perkara yg aku wat...sush nk berthn lama...

6) mudah dpt penyakit aku ni...especially area kpala n prot...ni ha prot tengh kembong ala2 bayi gtu...

6) muahaha....aku suke kan kanak2... comel je bdk2 ni.. lg2 bau die... wangi sgt3...

7) teringin jadi baby...nak mkn, mak suap...pas mkn tdo...pastu membuang...pastu mkn lagi...pastu tdo lg...hehehe...heaven gler...tdo pon kene dodoi...

8) perkara yg membuang masa aku adalah mengingati kenangan lama...so stupid...tp benda2 ni la yg wat aku senyum sesorg...kenangan mana mungkin dpt aku lupakan...

9) aku kalo di beri rezki yg melimpah ruah oleh Allah...aku nk bw mak ayah aku ke tanah suci mekah, nk belikan diorg umah, keta...mcm2 ar...

10) aku akan hargai barang yg diberi org...tp kalo beli sendr konpom cpt hilang...hahaha...

11) seyes aku paling x suke org menipu...aku akan bnci org tu n x akan percaya kat dia sampai ble2...

12) aku ni bersederhana org nye...ye ke? ye ar...aku ni bkn jenis yg branded...tp kualiti mesti mao...demandkan...aku kalo pilih brg tu biar nmpak cantik...tp murh...hehhe...

13) sensitip aku ni...mudh sentap kalo x kene time...bkn moody ea...kalo guro2 terlebey sudey tu...smpai mencech thp sabr i...i can ignore that person...berminggu2 lama2nye..sampai berbuln2 pun de sampai la ht i rede...so, dont take risk k...

14) aku sgt hargai org yg baik dgn aku...mestilah kan..baik di bls dgn baik...jahat cm ne plak? aku akan ignore je...bkn dendam...ckp benda yg penting...aku x akan kwn dgn org tikm blakang ni...sketkan hati jek....muahaha....

15) cepat belajar...dgn pemerhatian je aku leh blajar...sometimes la...sbb pas aku tengok..aku akan try wat...mostly menjadi alhamdulillah...kelebihan yg Allah bagi kan...

16) ui...aku suka sgt melawa yg sedg2 gtu...pantang nmpk baju cntik pasti nk beli...kecuali poket tengh kosong la kan...

17) boros orgnye...kene de someone yg tegur aku (biasenye housemate aq la) kalo berbelanja x engat tu...kadg2 aku beli bkn bende penting pun...pakai sekali trus x pakai dh...membazirkan..pastu nyesal x sudey...

tips melupakan kekasih hati

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE: 
a) kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

b) Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih..

p/s: amacam?canggihkan idea ni... hehehe. sungguh mujarab... belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi....haha...utk kwn2 : 
SELAMAT MENCUBA 

15 perkara yg korg ptot tau~~

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Sabtu, 5 Februari 2011

10 bukti lelaki itu rumit~~~

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Selasa, 1 Februari 2011

!~Pantun Jepun~! stress??? Meh baca meh hihihi

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
Ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

---------
MORAL: Sama ada pandang ke Timur mahupun ke Barat, tumpukan pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat di dunia dan di akhirat, bukan kepada perkara sia-sia dan membuang masa.